card geng fiq'ra belum dapat lagi ~ sbb masuk lambat ..
Aktiviti ni buat aku teringat lagu yang buat aku tenang setiap kali mendengarnya .. lagu tersebut adalah Muhammad Ya Rasulullah .. Sebuah lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid, Far East ..
Aku mula kenal lagu ni masa aku darjah enam , tahun lepas . Aku masuk nasyid menjadi wakil untuk Sekolah Agama Rendah Al-Hilaliah . Masa mula2 dengar lagu tu aku rasa biasa tapi bila aku dengar untuk kedua kalinya aku rasa tenang dan semakin tenang . Aku juga rasa bait2 lagu tersebut masuk ke dalam hati . Penyanyi solo untuk lagu ni adalah seorang budak darjah empat . Suara dia memang merdu walaupun dia agak kasar orangnya .
Kadang2 aku rasa sampai nak nangis bila aku nyanyi balik lagu tu . Dan kadang2 aku tiba2 nyanyi lagu tu masa aku tengah buat kerja sekolah ataupun masa aku tengah mengadap komputer . Aku tak tahu kenapa , bila aku nyanyi lagu tu mesti aku feeling lebih2 . Antara bait2 lagu terebut ;
Duhai kekasih Ya Rasulallah
Engkau laksana bulan purnama
Membawa cahaya sinar gemilang
Untuk faedah hidup manusia
Mulia akhlakmu Ya Rasulallah
Tulus hatimu tinggi pekerti
Jasamu tetap di sanubari
Jadi sebutan sehingga kini
Aku harap lagu2 nasyid tak ditelan zaman macam tu je .. Sebab dengan nasyid ni laa aku jadi lebih orang yang lebih baik dari dulu ..
Maaf kalau aku feeling lebih2
9 comments:
good luck :)
sedap gak lagu ni,, :D insya-allah
terima kasih
best lagu nie :)
hai ain.. cik ana singgah dr geng fiqra.. ain skg form 1 ea?? kiutnye blog ain.. gud luck tau ain :)
luv,
cik ana
@ira : mmg best !
@anamizu :hai .. yup , ain form 1 .. tpi tahun depan form 2 .. gud luck kat cik ana jugak ..
teringat dengan kenangan nasyid masa sekolah rendah >.<
kisah aku dan lagu http://www.zahidahwahid.com/2011/12/4530/
zahidahwahid : haha .. syok kan nasyid time skola2 ..
Muhammad Ya Rasulullah.. gud luck syg ;)
admin,
GF ~
Post a Comment